Sirah Nabi s.a.w. mempunyai berbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannyasatu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampumenyampaikan Syariah kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik. Inimembuatkan orang ramai melihat Syariah umpama Khalifah Muktasim; tempat berlindungketika berlaku kacau bilau dan huru hara. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwamanusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran. Kami ringkaskankeistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut:
Pertama : Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakansejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih.Sirah Rasulullah s.a,w. telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti (Kita akan rnelihatnya ketika membincangkan sumber rujukan Sirah). Susurgalur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yangditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkankepada Rasulullah s.a.w. pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendakiAllah dan Rasul-Nya. Dia menyangka tokok tambah ini boleh menunjukkan kemuliaankedudukan, kesucian risalah dan keagungan perjalanan hidup Baginda.
Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalammana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s. yang ada pada hari ini telah bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaanyang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untukmemahami sirah Musa a.s. yang sebenar. Ramai pengkritik Barat meragui kandungansesetengah safarnya (surah-surah dalam Taurat). Sebahagian mereka memutuskan secara pasti bahawa sesetengah safar itu tidak ditulis pada masa Musa a.s. hidup atau sebaik sahajaselepas kematiannya. la hanya ditulis setelah berlalu tempoh masa yang lama tanpa diketahuisiapakah penulisnya. Fakta ini sahaja sudah cukup menyebabkan kesahihan sirah Musa a.s.yang terdapat di dalam Taurat diragui. Justeru itu, orang Islam tidak dapat beriman dengankesahihan sirahnya melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah yang sahih.
Pertikaian yang sama juga diperkatakan terhadap sirah Isa a.s.. Injil-injil yang diiktirafsecara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematianal-Masih. Tanpa sebarang kewajaran ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yangtersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu.
Apatah lagi, hubung kait Injil-injil ini dengan penulisnya tidak disahkan melalui susurgalur ilmiah yang memuaskan hati. la tidak diriwayatkan dengan sanad yang bersambunghingga kepada penulisnya. Para pengkritik Barat juga berselisih mengenai sesetengah nama penulis tersebut, siapakah mereka? Pada zaman manakah mereka hidup?Jika keraguan ini timbul terhadap sirah rasul-rasul selaku tukuh agama yang tersebarluas di dunia, keraguan yang lebih kuat berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahlifalsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya,Buddha dan Confucious. Kisah hidup mereka hanya berlegar di kalangan pengikut merekasahaja. Ia tidak mempunyai asal-usul yang diperakui daripada kaca mata kajian ilmiah. lahanyalah diambil secara tergesa-gesa oleh para sami sesama mereka. Setiap generasi menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsurlagenda dan khurafat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang cerdas dan bebas daripadaketaksuban kepada agama-agama itu.
Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secaramutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Kedua : Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda s.a.w.wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zamanremaja, sumber pencarian Baginda sebelum kenabian dan pengembaraan-pengembaraannyake luar Makkah sehinggalah Allah rnengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita jugamengetahui secara lebih detil, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusantersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas dan terangseumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammad s.a.w. satu-satunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari.
Fenomena seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yangterdahulu. Kita tidak tahu sesuatu pun tentang Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, zamanremaja mahupun sumber pencariannya sebelum kenabian. Kita hanya mengetahui sedikitsahaja berkenaan kehidupan baginda selepas kenabian. Ini tidak memberi gambaransempurna berkenaan keperibadiannya kepada kita. Hal yang sama diperkatakan tentang Isaa.s. Kita tidak mengetahui apa-apa tentang zaman kanak-kanaknya melainkan apa yangdiceritakan oleh Injil-injil hari ini. Injil menceritakan bahawa baginda telah memasuki haikalYahudi dan berbincang dengan pendita-penditanya. Inilah satu-satunya kejadian yangdisebutkan tentang zaman kanak-kanaknya. Selanjutnya, kita tidak mengetahui hal ehwal beliau selepas kenabian melainkan peristiwa yang berkaitan dengan dakwah dan sedikittentang cara hidupnya. Manakala selain daripada itu adalah perkara yang dilitupi kabus tebal.Di manakah kedudukan maklumat ini berbanding dengan maklumat yang disebutkanoleh sumber-sumber sirah yang sahih? Sumber-sumber ini menyebutkan secara detilkehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya, percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan parasahabatnya. Bahkan pendetilan dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap merekamenyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w..
Ketiga : Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yangdimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifatkemanusiaannya. Kehidupan Baginda tidak disertakan dengan dongeng-dongeng, juga tidakditokok tambah dengan sifat ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak. Apabila kita bandingkan hal ini dengan cerita-ceritayang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang perjalanan hidup Isa a.s., penganut Buddha tentang Gauthama Buddha, penyembah berhalatentang tuhan sembahan mereka, akan jelas kepada kita perbezaan nyata antara Sirah Bagindas.a.w. dan sirah mereka. Lantaran perbezaan ini, ia memberi kesan jangka panjang kepadatingkah Iaku kemanusiaan dan kemasyarakatan pengikut-pengikut mereka. Dakwaanketuhanan kepada Isa a.s. dan Gauthama Buddha menyebabkan mereka berdua tidak bolehmenjadi contoh teladan kepada manusia dalam kehidupan peribadi dan kemasyarakatannya.Sebaliknya, Muhammad s.a.w. akan terus menjadi model manusia yang kamil kepada sesiapayang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga dan suasana persekitarannya.Oleh yang demikian, Allah Taala berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (heredaan) Allahdan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21)
Keempat : Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiikimanusia. Ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Muhammad s.a.w. selaku pemudayang amanah dan berakhlak mulia, iaitu sebelum Allah memuliakan Baginda dengan risalah- Nya. Ia turut menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasulullah sebagai pendakwahkepada Allah yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebugai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yangmaksimum untuk menyampaikan risalahnya. Begitu juga, ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Baginda sebagai ketua Negara yang mengasas sistem ampuh dan jitu untuknegaranya. Baginda melindungi negaranya itu dengan penuh waspada, ikhlas dan jujur. Inimenjamin negara tersebut untuk berjaya.Sirah menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasul sebagai seorang suami dan bapa yang mempamerkan sikap belas kasihan, hubungan yang baik serta memberi perbezaan jelas antara yang mana hak dan mana kewajipan untuk suami, isiteri dan anak-anak. Ia jugamenceritakan perjalanan hidup Rasul selaku pendidik dan pemberi tunjuk ajar yang menyelia pendidikan para sahabat Baginda dengan pendidiknn yang ideal. Baginda memindahkannilai-nilai pendidikan itu daripada rohaninya sendiri ke dalam rohani mereka, daripada jiwanya kepada jiwa mereka. Ini mendorong mereka untuk cuba mencontohi Baginda dalamsehalus-halus perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Begitu juga, ia menceritakankepada kita perjalanan hidup Rasul selaku seorang teman yang melaksanakan kewajipan persahabatan serta memenuhi komitmen dan adab-adabnya. Ini menjadikan para sahabatBaginda mengasihinya sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri. Bahkan melebihikasih mereka kepada keluarga dan kaum kerabat mereka. Sirah Baginda juga menceritakankepada kita perjalanan hidup seorang pahlawan yang berani, panglima perang yang jaguh, politikus yang berjaya, jiran yang amanah dan pengikat janji yang jujur.Pendek kata: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi semua aspek kemanusiaan dalammasyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap pendakwah, panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ketua negara dan demikianlahseterusnya...Kita tidak dapati kesyumulan seperti ini atau hampir sama dengannya dalam catatansejarah yang masih kekal pada kita; catatan sejarah berkenaan sirah rasul terdahulu, pengasasagama dan falsafah yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Musa adalah model pemimpin umat yang telah menyelamatkan umatnya daripada belenggu pengabdian. Iamenerangkan kepada kita kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang sesuai untuk misi itusahaja. Akan tetapi kita tidak dapati dalam sirah baginda, keterangan yang boleh dijadikancontoh teladan kepada pahlawan perang, pendidik, politikus, kepala negara, bapa, atau suami.Isa a.s. pula menjadi model seorang pendakwah yang zuhud, meninggalkan dunia dalamkeadaan dia tidak mempunyai harta, rumah atau barang. Namun dalam catitan sirahnya yangterdapat di tangan orang-orang Kristian, beliau tidak mewakili seorang panglima perang,ketua negara, bapa, atau suami (kerana dia tidak berkahwin), penggubal perundangan, ataulain-lain lagi yang ditunjukkun oleh Sirah Muhammad s.a.w.. Perihal yang sama berlaku padaBuddha, Confucious, Aristotle, Plato, Napoleon dan lain-lain lagi tokoh-tokoh sejarah.Mereka hanya layak menjadi contoh teladan (sekiranya mereka layak menjadi contoh teladan) untuk satu aspek daripada pelbagai aspek kehidupan, iaitu dalam bidang yangmereka terserlah dan terkenal dengannya. Satu-satunya manusia dalam sejarah yang bolehmenjadi contoh teladan untuk semua golongan, semua pemilik pelbagai bakat dan semuamanusia ialah Muhammad s.a.w..
Kelima : Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yangtidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil. Baginda mengharungi kehidupan bersamadakwahnya dengan mendapat kejayaan demi kejayaan; Bukan dengan cara peristiwa- peristiwa pelik yang melanggar adat kebiasaan mahupun mukjizat. Bahkan semata-matadengan cara yang normal. Baginda s.a.w. berdakwah, lalu disakiti, menyampaikan risalah,seterusnya memperolehi penyokong. Jika terpaksa berperang, Baginda berperang. Bagindaseorang yang bijaksana dan mendapat taufiq dalam kepimpinannya. Ketika hampir wafat,dakwah Baginda telah berkembang meliputi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwahnyatersebar melalui cara iman (keyakinan), bukan dengan cara paksaan atau kemenangan perang.Bagi sesiapa yang mengetahui pegangan dan budaya masyarakat Arab ketika itu, penentangan mereka melalui pelbagai cara sehingga ke tahap merancang pembunuhunBaginda, mengetahui ketidak seimbangan kekuatan Baginda dengan pihak lawan dalamsetiap pertempuran yang Baginda menangi, mengetahui tempoh masa yang terlalu singkatdalam menyampaikan risalah sehingga kefawatan Baginda iaitu 25 tahun, semua inimemberikan keyakinan bahawa Muhammad adalah benar-benar pesuruh Allah. KurniaanAllah kepada baginda seperti tabah (thabat), kekuatan, keupayaan mempengaruh dankemenangan juga menunjukkan Baginda benar-benar seorang nabi. Allah tidak akanmendokong sesiapa yang mendustakan-Nya. Dokongan Ilahi ini adalah dokongan yang unikdalam sejarah.Sirah Rasulullah s.a.w. membuktikan kepada kita kebenaran risalah Baginda hanyamelalui bukti-bukti lojik yang boleh diterima akal. Mukjizat yang berlaku bukanlah faktorutama orang Arab beriman dengan dakwah Baginda. Bahkan kita tidak dapati Bagindamempunyai mukjizat yang menyebabkan orang kafir yang ingkar menjadi beriman keranamukjizat tersebut. Walau bagaimanapun, mukjizat berbentuk material tetap menjadi hujahdalam berhadapan dengan mereka yang menyaksikannya. Suatu yang pasti bahawa orangIslam yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. dan tidak pernah menyak-sikan mukjizat, mereka beriman dengan kebenaran risalah Baginda hanya kerana bukti-bukti lojik yang qat’ie danmasuk akal yang menunjukkan kebenaran dakwaan kenabiannya. Di antara bukti tersebutialah: al-Quran al-Karim. Ia merupakan mukjizat yang boleh diterima oleh akal. Mukjizat inimenyebabkan setiap manusia berakal lagi bersikap adil dan insaf pasti beriman dengankebenaran dakwaan kerasulan Muhammad s.a.w..Ini berbeza sama sekali dengan sirah para nabi terdahulu yang disimpan oleh para pengikutnya. Sirah para nabi terdahulu menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai beriman setelah melihat mukjizat dan perkara pelik yang menyalahi adat berlaku kepadarasul-rasul tersebut. Mereka beriman tanpa meletakkan akal sebagai hakim dalam menilai prinsip-prinsip dakwah para rasul tersebut, seterusnya tunduk kepadanya. Contoh palingjelasialah sirah nabi Isa a.s.. Dalam al-Quran, Allah menceritakan kepada kita bahawa antaratunggak utama yang Allah berikan kepada nabi Isa a.s. untuk meyakinkan orang Yahuditentang kebenaran risalahnya ialah boluh menyembuhkan orang buta dan penyakit kusta,merawat penyakit, menghidupkan orang mati serta memberitahu kaumnya apa yang merekamakan dan apa yang tersimpan di rumah mereka. Semua ini berlaku dengan izin Allah Azza-wajalla. Mukjizat-mukjizat ini menjadi penyebab orang ramai beriman kepada Nabi 'Isasecara beramai-ramai. Inilah yang diriwayatkan oleh kitab-kitab Injil kepada kita. Namun, mereka beriman dengan Isa a.s. bukan sebagai rasul, bahkan sebagai tuhan dan anak tuhan(Maha suci Allah daripada perkara ini). Inilah yang diceritakan oleh al-Quran kepada kita.Selepas pemergian nabi Isa a.s., agama Kristian tersebar melalui perkara luar biasa dan pelikyang menyalahi adat kebiasaan. Safar Kerja Rasul-Rasul menjadi bukti utama kepada perkaraini. Sehingga kita boleh katakan bahawa agama Kristian yang diimani oleh pengikutnyaadalah agama yang tertegak di atas perkara luar biasa dan pelik yang menyalahi adatkebiasaan, bukan di atas keyakinan akal yang rasional.Di sini kita dapat lihat kistimewaan yang jelas dalam sirah Rasul s.a.w.. Tidak adaseorangpun yang beriman dengan Baginda disebabkan melihat mukjizat yang menyalahi adatkebiasaan. Bahkan dia beriman disebabkan keyakinan akal dan jiwa. Sekiranya Allahmemuliakan Rasul-Nya s.a.w. dengan mukjizat yang menyalahi adat kebiasaan, ia hanyalah penghormatan kepada Baginda s.a.w.. Ia juga bertujuan mendiamkan penentangnya yangsombong. Sesiapa yang meneliti al-Quran al-Karim, dia akan dapati dalam usaha meyakinkanmanusia, al-Quran bergantung kepada budi bicara akal, penyaksian pancaindera terhadapkebesaran ciptaan Allah, juga pengetahuan sempurna berkenaan Rasul yang buta huruf. Butahuruf Baginda s.a.w. menjadikan al-Quran yang dibawanya sebagai bukti kebenaran risalahBaginda. Allah Taala berflrman dalam surah al-Ankabut: Dan mereka berkata "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad)mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad):"Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentubagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelasnyata" (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkahcukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Al- Ankabut: 50-51)
Apabila orang-orang kafir Quraisy melampaui batas dengan menuntut mukjizatdaripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu, Allahmemerintahkan Baginda menjawab:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku inihanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 93)
Perhatikan perkara ini dalam surah al-Isra' yang bermaksud :
Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, untuk kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dananggur, kemudian engkau mengalir-kan sungai-sungai dari celah-celahnyadengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkaugugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkaukatakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikatuntuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuahrumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kamitidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkauturunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya."Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku inihanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 90-93)
Demikianlah al-Quran menetapkan secara terang dan jelas bahawa nabi Muhammads.a.w. adalah manusia dan rasul. Dalam membenarkan dakwaan kerasulan Baginda, al-Qurantidak bergantung kepada perkara yang menyalahi adat kebiasaan dan mukjizat, bahkan hanya berdailog dengan akal dan hati.
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjukkepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Al-An'am: 125)
Posting Komentar
Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com